:: Ada Aku Kisah? ::

Seorang wanita sedang menyapu sampah sambil diperhatikan oleh jirannya.

"Buat apa tu?" Sapa jiran sebelah.

"Eh, akak. Saya tengah menyapu laman ni" Jawab wanita itu.

"Ooohh....menyapu"


Senario biasa bukan? Pelik? Mungkin tidak.

Sudah jadi lumrah dan kebiasaan kita menyapa sesama kita. Walhal, sudah terang lagi bersuluh yang jiran kita sedang menyapu lamannya.

Kenapa ya? Sebab kita orangnya peramah dan berbudi bahasa. Ambil hati kata mudahnya.


"Eh, potong rambut?"

"Ha ah"

"Tapi kenapa pendek sangat?"

"Saja"

"Nak cuba style baru eh"

"Ermm"

"Ke ada apa-apa ni?"

"Apa?"

"Frust?"

"Huh?"


Sekali baca macam busy-body je bunyinya kan? Jenis sibuk-sibuk nak ambil tahu hal orang. Apa yang pelik sangat kalau orang tu nak potong rambut hatta apa fesyen sekalipun. Nak mochigan, GQ, perm, curly hatta botak sekali pun.

Rambut dia, biarlah dia nak buat apa yang dia suka. Yang cantik pun nanti dia, yang menyesal sebab salah pilih style pun dia. Rambut sendiri tu kena jaga. Bukan urusan kita nak jaga tepi kain dia. Tak suka, alihkan saja pandangan mata.

Tapi, kenapa kita masih bertanya itu ini? Sekali lagi, sebab kita orangnya peramah dan berbudi bahasa. Ambil hati kata mudahnya. Sekurang-kurangnya orang tu tahu yang kita sedar perubahan yang berlaku.

Kalau tak tegur, ada pula yang makan hati terasa tersisih diri nanti. Bukanlah penting sangat pun apa yang dilakukan oleh si pelaku itu cuma kita adalah masyarakat prihatin. Terlalu prihatin hinggakan setiap inchi perubahan badan boleh dijadikan bahan bualan.

Kalau rasa sukar berdepan dengan pelbagai reaksi, duduk diam-diam kurungkan diri. Jangan canang apa yang jadi. Ahh...itu tak mungkin terjadi. Maka, pekakkan saja telinga dan ukirkan saja senyum di bibir walau berat rasa hati.

Bukan apa, sekadar beriaksi terhadap keprihatinan orang sekeliling. Hipokrit? Siapa yang tidak hipokrit dalam dunia hari ini?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.




3 comments:

Hazairi Jay said... | January 29, 2009 at 1:44 AM

Betul tu, itulah caranya kita nak bertegur sapa sesama masyarakat. A light conversation. Benda yg bagus..

david santos said... | February 13, 2009 at 7:12 AM

Excellent work! Congratulations!!!
Have a nice weekend!!!!

Unknown said... | February 28, 2009 at 11:27 AM

jay : yeah...betul tuh.still, ada yang tak berapa suka.

david : tq!

Posting by Cik Kuntum. Powered by Blogger.

Copyright © / Konk3k Di Bandar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger