:: Bosan ::

"Mana abah awak?"

"Belum sampai lagi."

"Adik awak datang?"

"Ada tadi.."

"Takper la..nanti jumpa lagi kejap lagi."

Pergh! Bosan betul bila kena melayan soal jawab orang-orang tua. Bukanlah aku nih anti golongan warga berumur nih, cumanya.... Ntahlah. Kalau bertanyakan aku, sihat tak? Kerja apa? Kat mana? Lain cerita. Ini tak! Menanyakan makhluk yang tiada.

Baru saja aku merungut dalam hati bila...


"Eh, datang sorang je?Yang lain-lain mana?"

Sambil bersalaman, "Abah on the way lagi."

"Owh...ingatkan tak ada tadi. Manalah tahu...."


Senyum kambing lalu berlalu.
Mulalah tu! Inilah yang buat aku jadi panas. Bila dijemput, orang pun datang. Melainkan ada hal-hal yag tak dapat dielakkan. Apa yang jadi masalah pun aku tak faham.

Yang tukang bertanya pun, sekadar tetamu biasa saja hatta bukan tuan punya majlis pun adanya. Sibuk nak angkat tahu semua benda.

Bila ada, dibuat lupa. Waktu hilang, ditanya khabar berita. Terima sajalah apa yang ada di depan mata. Tak perlu cuba singkap apa ada bawah alas meja. Inilah masalah bila ramai-ramai berjumpa. Masing-masing cuba bermuka. Waktu inilah kau dan aku saudara. Waktu lain apa cerita?

Yang ibu-ibu ada yang mengata. Tak cukup cerita harta, barang kemas dan anak-anak polan dan polan pun jadi mangsa! Yang muda belia ada cuba bertanya nama. Mulakan langkah perkenalan agaknya.

Bagi yang memang rapat dan mesra, waktu inilah bergabung tenaga. Cuba jadikan majlis sempurna. Aku? Cuba rapatkan jurang yang ada. Lama sudah aku tinggalkan mereka. Aku tinggalkan mereka? Atau mereka menjauh dari aku?

Bukan itu lagi persoalannya. Baik baiki apa yang ada. Kristal yang pecah kalau dicantum berbekas jua sambungannya. Namun, sekurang-kurangnya ianya tetap jadi satu. Cuma, andainya retakan itu memang menyermakkan mata...Simpan sahaja dari pandangan mata.

Pilihan ada di depan mata. Mahu atau tidak.

Terserah.

"Eh, awak pun ada? Bila sampainya?"

:: Pandang Jeling ::

Siut! Lambat lagi hari ni.

Ah..masuk pukul 9 pun hari ni. Cuma...Dah nak masuk 2 minggu aku tak nampak dia. Kelakar pula rasa. Mengejar orang yang belum tentu ingat kat kita.

Agak-agak dia sedar tak? Aku tunggu kelibat dia. Aku suka tengok muka dia. Aku senang melihat rambut ala Beckham dia. Aku terbuai bila bau minyak wangi dia. Pokoknya, semuanya dia. Hanya dia.

Aku ni bukannya suka sangat nak 'bz' body atau 'kepoci'. Cukup sekadar cuci mata, tenangkan hati. Maka, aku rasa dialah calon yang tepat seadanya.

Kalau dah naik tren sama-sama, hampir hari-hari bersua muka takkanlah tak ada apa? Aku ni peramah juga orangnya tapi sampai waktu nak bercakap dengan dia....Aduhhhh!!! Kacaunya!

Cinta pandang pertama?
Taklah!
Suka?
Mungkin.
Syok?
Ada macam tu pula.

Lebih kurang sama tinggi je aku ngan dia. Kulit tan, sawo matang seadanya. Baju kemeja dengan slack hitam. Yang paling aku respek, adalah satu hari masa dia pakai kemeja pink. Jambu plak aku rasa. Bukan semua lelaki berani pakai pink kan?

Jam dia - Montana. Warna silver ada background copper. Sikit lebih kurang macam jam aku juga. Mungkin memang ada jodohnya, cuma tak tahu bila.

Kelakar gila. Kenapa mulut tak boleh berkata-kata. Macamlah dia selebriti atau tokoh antarabangsa. Sampai susah benar aku nak menegur dia. Walhal kata orang keliling meja, aku ni gila-gila.

Buka mulut kata "Hi".

Susah sangat ke?

:: Selut ::

"Masuk tempat orang, bawak otak bukan pisau"

Sambil melayan alunan lagu Malique dan M.Nasir, pandangan aku melayang ke luar tren. Cuba untuk mengingati sesuatu tapi entah apa. Pagi-pagi buta, apalah sangat yang harus aku beratkan minda.

Kombinasi duet yang menarik cuma aku masih belum dapat mentafsir maksud bait-bait lirik yang ada. Siapalah punya kerja?

Memurtabatkan bahasa sampaikan aku pusing kepala! Tak bolehkah segalanya ditulis dalam bahasa yang mudah dan terus sampai maksudnya? Ahh...itu kreativiti mereka. Siapa aku untuk membahaskannya?

Sempit! Keadaan berhimpit. Hari-hari pun macam ni. Mana yang terhimpit. Ada yang galak menghimpit, selagi boleh juga merapat. Tapi, yang penting niat. Sedekat mana ukuran jarak, kalau masih waras takkan tergamak.

Bergesel-geselan, itu lumrah kejadian. Mungkin ada yang mengharap dapat sentuhan. Ada yang juling menenung pemandangan. Lelakilah katakan. Pantang ada peluang keemasan, jangan lepaskan. Lepas tu? Bagi alasan. Kami juga makhluk tuhan, masing-masing punya kelemahan. Euw! Sungguh aku tak punya rasa untuk bagi pengormatan. Kesian? Bole jalan!

Wajah demi wajah aku tenung. Pelbagai bentuk pelbagai reaksi. Yang mendengar bunyi, yang memandang kosong dan tak kurang ada yang lelap. Masing-masing punya agenda sendiri. Aku? Cuba mencari-cari dimana wajah rahsia hati!

Mana ni?

:: Semak Lagi Senak ::

" I need to be clear on one thing. May i?"

"Shoot"

" Why do u call me sayang?"

" Why?"

"Yes. Why do you call me sayang? Do you really mean it?"

" Sometimes"

" Sometimes? Explain"

" I call all my dearest one as Sayang. Most of the time. Even my girlfren"

"I thot u mean it. I bertepuk sebelah tangan la all along?"


Phew! Macam mana patutnya aku beri reaksi? Penat juga dengar luahan hati minah ni. Aku faham sangat feel dia. Mesra alam.

Dah berpuluh kali aku nasihatkan. Jangan. Gatal juga mulut disayang-sayangkan. Bila orang dah gila bayang, kau jugak yang terawang-awang. Secara peribadi, aku pun tak salahkah dia. Bukan sebab aku nak menangkan kaum Hawa tapi dah terbukti yang kami ni memang mesra orangnya.

Dear. Honey. Baby. Ayang.

Semua itu cuma kata-kata penyedap bahasa. Ikut logik akal, zaman dulu kala tak mungkin kita sesuka jiwa raga guna bahasa cinta kalau dia bukan yang bertahta. Mungkin zaman sudah berubah, dunia dah maju.

Panggilan mesra sekadar jadi bahan sapa. Mengurat, bahasa pasarnya. Jadi bencana bila ada yang tak dapat terima hati kita bukan untuk dia. Habis tu nak buat macam mana?

Nak dimarah, dah besar panjang. Makin di putar, makin teruk auta. Masing-masing ada akal. Pandai-pandailah nak bawak diri. Kot mana yang baik tu, jadikanlah amalan. Yang gempak gempita, minta dijauhkan dari diri. Jangan sampai terjerumus nanti.

Akhirnya, aku buka mulut yang terkunci dari tadi.

"Baguslah"

"Now I know why i hate him"

"Semua benda nampak tak elok kalau salah dekorasinya. It need to be re-decorate. Or else, it has to go - BIN"

"Then, BIN it ends"


Ahh..layan je!



:: Cinta ::

C.I.N.T.A
Ada apa dengan cinta.
Cinta itu buta.
Aku cinta padamu.

Macam-macam hal dengan cinta. Lagu cinta di sana sini. Sumbat dalam baris lirik satu dua kata cinta, sah boleh laku. Ntahlah. Memang adat orang kita agaknya. Agungkan cinta tapi jiwa tiada. Aku? Mana-mana pun sama saja.

Sampai saat ini belum lagi bernasib baik untuk ungkapan cinta berakhir mesra. Tapi kata teman, akhirnya cinta hingga hujung nyawa. Bukan hanya di pelamin sahaja. Mungkin benar bagai dikata. Apakan daya, mana harus ku cari cinta?

Mengapa kita perlu bercinta? Apa beza sayang dan cinta? Mana datang kasih dan mesra? Ishh..makin kalut makin mengarut. Makin lama, makin kecut perut.

"Jodoh kena cari".

Masa kecil, katanya Sang Puteri bakal berjumpa Putera hati. Mungkin itu hanya mimpi. Tapi, kalau ada usaha, bolehkah ia jadi realiti? Patutkah aku mencari atau biarkan saja aku dinanti oleh entah siapa di muka bumi.

"Manusia ini dijadikan berpasangan".

Jadi? Perlukah aku terus berangan? Mahu berjumpa perawan mengubat jiwa lara tidak keruan. Ahh...itu ayat orang yang tiada pendirian. Mana bisa kau dapat segala apa yang kau mahukan. Hidup kita bukan satu hasil cetusan idea penulisan.

Tapi...ahhh...lupakan!

:: Mukadimah ::

Kuala Lumpur.

Bandaraya yang penuh warna. Dari sejernih seputih salju hingga kelam sepekat arang. Namakan saja, semuanya ada.

Dosa, pahala pelbagai cerita. Dari sekecil nista terus-terusan ke bohong si naga. Tak mungkin jumpa adil di mana. Tapi itu semua kata meraka. Yang kononnya insan berusia, lebih makan garam dari aku spesifiknya.

Hidup aku konsepnya senang. Aku pilih, aku layan dan aku simpan. No! Jangan nak kelibutkan akal. Aku bukan pilih jantan, layan gersang atau simpan sugar daddy buat pemuas geli-gelian. Hell No! Dalam hidup ada simpang. Guna akal dan pilih jalan paling baik untuk masa depan. Pasti atau tidak dengan pilihan itu, aku layan setiap rentetan perjalanan. Sakit perih yang aku rasa, simpan tiap cebisan untuk kejayaan masa depan.

Masa depan? Ada ke masa depan aku ni? Ada masa? Mesti ke depan? Ahh...persetankan. Hidup jadi perempuan, umur 28 masih bujang trang tang tang. Apa jenis masa depan yang ada terbentang untuk aku redahkan?

Ahhh...Hidup mesti diteruskan!

Posting by Cik Kuntum. Powered by Blogger.

Copyright © / Konk3k Di Bandar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger