:: Selut ::

"Masuk tempat orang, bawak otak bukan pisau"

Sambil melayan alunan lagu Malique dan M.Nasir, pandangan aku melayang ke luar tren. Cuba untuk mengingati sesuatu tapi entah apa. Pagi-pagi buta, apalah sangat yang harus aku beratkan minda.

Kombinasi duet yang menarik cuma aku masih belum dapat mentafsir maksud bait-bait lirik yang ada. Siapalah punya kerja?

Memurtabatkan bahasa sampaikan aku pusing kepala! Tak bolehkah segalanya ditulis dalam bahasa yang mudah dan terus sampai maksudnya? Ahh...itu kreativiti mereka. Siapa aku untuk membahaskannya?

Sempit! Keadaan berhimpit. Hari-hari pun macam ni. Mana yang terhimpit. Ada yang galak menghimpit, selagi boleh juga merapat. Tapi, yang penting niat. Sedekat mana ukuran jarak, kalau masih waras takkan tergamak.

Bergesel-geselan, itu lumrah kejadian. Mungkin ada yang mengharap dapat sentuhan. Ada yang juling menenung pemandangan. Lelakilah katakan. Pantang ada peluang keemasan, jangan lepaskan. Lepas tu? Bagi alasan. Kami juga makhluk tuhan, masing-masing punya kelemahan. Euw! Sungguh aku tak punya rasa untuk bagi pengormatan. Kesian? Bole jalan!

Wajah demi wajah aku tenung. Pelbagai bentuk pelbagai reaksi. Yang mendengar bunyi, yang memandang kosong dan tak kurang ada yang lelap. Masing-masing punya agenda sendiri. Aku? Cuba mencari-cari dimana wajah rahsia hati!

Mana ni?

0 comments:

Posting by Cik Kuntum. Powered by Blogger.

Copyright © / Konk3k Di Bandar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger