:: Bosan ::

"Mana abah awak?"

"Belum sampai lagi."

"Adik awak datang?"

"Ada tadi.."

"Takper la..nanti jumpa lagi kejap lagi."

Pergh! Bosan betul bila kena melayan soal jawab orang-orang tua. Bukanlah aku nih anti golongan warga berumur nih, cumanya.... Ntahlah. Kalau bertanyakan aku, sihat tak? Kerja apa? Kat mana? Lain cerita. Ini tak! Menanyakan makhluk yang tiada.

Baru saja aku merungut dalam hati bila...


"Eh, datang sorang je?Yang lain-lain mana?"

Sambil bersalaman, "Abah on the way lagi."

"Owh...ingatkan tak ada tadi. Manalah tahu...."


Senyum kambing lalu berlalu.
Mulalah tu! Inilah yang buat aku jadi panas. Bila dijemput, orang pun datang. Melainkan ada hal-hal yag tak dapat dielakkan. Apa yang jadi masalah pun aku tak faham.

Yang tukang bertanya pun, sekadar tetamu biasa saja hatta bukan tuan punya majlis pun adanya. Sibuk nak angkat tahu semua benda.

Bila ada, dibuat lupa. Waktu hilang, ditanya khabar berita. Terima sajalah apa yang ada di depan mata. Tak perlu cuba singkap apa ada bawah alas meja. Inilah masalah bila ramai-ramai berjumpa. Masing-masing cuba bermuka. Waktu inilah kau dan aku saudara. Waktu lain apa cerita?

Yang ibu-ibu ada yang mengata. Tak cukup cerita harta, barang kemas dan anak-anak polan dan polan pun jadi mangsa! Yang muda belia ada cuba bertanya nama. Mulakan langkah perkenalan agaknya.

Bagi yang memang rapat dan mesra, waktu inilah bergabung tenaga. Cuba jadikan majlis sempurna. Aku? Cuba rapatkan jurang yang ada. Lama sudah aku tinggalkan mereka. Aku tinggalkan mereka? Atau mereka menjauh dari aku?

Bukan itu lagi persoalannya. Baik baiki apa yang ada. Kristal yang pecah kalau dicantum berbekas jua sambungannya. Namun, sekurang-kurangnya ianya tetap jadi satu. Cuma, andainya retakan itu memang menyermakkan mata...Simpan sahaja dari pandangan mata.

Pilihan ada di depan mata. Mahu atau tidak.

Terserah.

"Eh, awak pun ada? Bila sampainya?"

0 comments:

Posting by Cik Kuntum. Powered by Blogger.

Copyright © / Konk3k Di Bandar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger