:: Ada Aku Kisah? ::

Seorang wanita sedang menyapu sampah sambil diperhatikan oleh jirannya.

"Buat apa tu?" Sapa jiran sebelah.

"Eh, akak. Saya tengah menyapu laman ni" Jawab wanita itu.

"Ooohh....menyapu"


Senario biasa bukan? Pelik? Mungkin tidak.

Sudah jadi lumrah dan kebiasaan kita menyapa sesama kita. Walhal, sudah terang lagi bersuluh yang jiran kita sedang menyapu lamannya.

Kenapa ya? Sebab kita orangnya peramah dan berbudi bahasa. Ambil hati kata mudahnya.


"Eh, potong rambut?"

"Ha ah"

"Tapi kenapa pendek sangat?"

"Saja"

"Nak cuba style baru eh"

"Ermm"

"Ke ada apa-apa ni?"

"Apa?"

"Frust?"

"Huh?"


Sekali baca macam busy-body je bunyinya kan? Jenis sibuk-sibuk nak ambil tahu hal orang. Apa yang pelik sangat kalau orang tu nak potong rambut hatta apa fesyen sekalipun. Nak mochigan, GQ, perm, curly hatta botak sekali pun.

Rambut dia, biarlah dia nak buat apa yang dia suka. Yang cantik pun nanti dia, yang menyesal sebab salah pilih style pun dia. Rambut sendiri tu kena jaga. Bukan urusan kita nak jaga tepi kain dia. Tak suka, alihkan saja pandangan mata.

Tapi, kenapa kita masih bertanya itu ini? Sekali lagi, sebab kita orangnya peramah dan berbudi bahasa. Ambil hati kata mudahnya. Sekurang-kurangnya orang tu tahu yang kita sedar perubahan yang berlaku.

Kalau tak tegur, ada pula yang makan hati terasa tersisih diri nanti. Bukanlah penting sangat pun apa yang dilakukan oleh si pelaku itu cuma kita adalah masyarakat prihatin. Terlalu prihatin hinggakan setiap inchi perubahan badan boleh dijadikan bahan bualan.

Kalau rasa sukar berdepan dengan pelbagai reaksi, duduk diam-diam kurungkan diri. Jangan canang apa yang jadi. Ahh...itu tak mungkin terjadi. Maka, pekakkan saja telinga dan ukirkan saja senyum di bibir walau berat rasa hati.

Bukan apa, sekadar beriaksi terhadap keprihatinan orang sekeliling. Hipokrit? Siapa yang tidak hipokrit dalam dunia hari ini?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.




Posted by
Unknown

More

:: Langkah ::

Ah! Masakan sangat lama?
Berapa lama lagikah harus ku nanti jawabnya?
Panggilan yang dinanti tidak jua kunjung tiba. Harus berapa lama lagi
Bosan!
Sudah ku buang malu itu namun hasilnya untuk apa? Mungkin silap untuk aku letakkan harapan pada setiap perbuatan. Sedangkan dia masih malu untuk memulakan langkah itu. Belum mampu lagi untuk menjawab sapaan. Masih lagi senang mencari-cari erti tiap pandangan.
Perlukah ku pimpin dia untuk sama-sama mengharung perjalanan itu berdua? Ahhh...Tak mungkin dia tegar. Destinasi kita mungkin banyak bedanya. Yang sama pada zahirnya mungkin beda pada dalamnya.
Tunggu.
Tunggu lagi. Andai ada ruang dan kesempatan, pasti kita akan dipertemukan lagi. Tika itu ku harap kau sudah persiapkan diri, jadi lebh berani. Walau bukan untuk menyambut cinta, cukup sekadar bual biacara.
Ku tunggu kau melangkah, moga dengan hikmah.

Posted by
Unknown

More

:: Setan ::

Apa sebab kau cari pasal?

Tiada amal lain yang boleh kau buat?

Tunggulah jawapan pada semua penghinaan.

Sampai ke mati pun tak aku hairan

Berambus pergi wahai si Setan!!!


Aku tak mahu faham dan aku memang tak berminat nak ambil kisah apa saja yang kau cuba lakukan. Mungkin cuma mencari publisiti murahan. Cuba bersungguh mahu mengumpan, biarkan aku terjerat beban.

Silap besar! Taaakk... Bukan niat aku nak cakap besar. Atau cuba perangai loyar.

Tapi..kau kena ingat yang Dia itu Maha Besar!

Posted by
Unknown

More

:: Bosan ::

"Mana abah awak?"

"Belum sampai lagi."

"Adik awak datang?"

"Ada tadi.."

"Takper la..nanti jumpa lagi kejap lagi."

Pergh! Bosan betul bila kena melayan soal jawab orang-orang tua. Bukanlah aku nih anti golongan warga berumur nih, cumanya.... Ntahlah. Kalau bertanyakan aku, sihat tak? Kerja apa? Kat mana? Lain cerita. Ini tak! Menanyakan makhluk yang tiada.

Baru saja aku merungut dalam hati bila...


"Eh, datang sorang je?Yang lain-lain mana?"

Sambil bersalaman, "Abah on the way lagi."

"Owh...ingatkan tak ada tadi. Manalah tahu...."


Senyum kambing lalu berlalu.
Mulalah tu! Inilah yang buat aku jadi panas. Bila dijemput, orang pun datang. Melainkan ada hal-hal yag tak dapat dielakkan. Apa yang jadi masalah pun aku tak faham.

Yang tukang bertanya pun, sekadar tetamu biasa saja hatta bukan tuan punya majlis pun adanya. Sibuk nak angkat tahu semua benda.

Bila ada, dibuat lupa. Waktu hilang, ditanya khabar berita. Terima sajalah apa yang ada di depan mata. Tak perlu cuba singkap apa ada bawah alas meja. Inilah masalah bila ramai-ramai berjumpa. Masing-masing cuba bermuka. Waktu inilah kau dan aku saudara. Waktu lain apa cerita?

Yang ibu-ibu ada yang mengata. Tak cukup cerita harta, barang kemas dan anak-anak polan dan polan pun jadi mangsa! Yang muda belia ada cuba bertanya nama. Mulakan langkah perkenalan agaknya.

Bagi yang memang rapat dan mesra, waktu inilah bergabung tenaga. Cuba jadikan majlis sempurna. Aku? Cuba rapatkan jurang yang ada. Lama sudah aku tinggalkan mereka. Aku tinggalkan mereka? Atau mereka menjauh dari aku?

Bukan itu lagi persoalannya. Baik baiki apa yang ada. Kristal yang pecah kalau dicantum berbekas jua sambungannya. Namun, sekurang-kurangnya ianya tetap jadi satu. Cuma, andainya retakan itu memang menyermakkan mata...Simpan sahaja dari pandangan mata.

Pilihan ada di depan mata. Mahu atau tidak.

Terserah.

"Eh, awak pun ada? Bila sampainya?"

Posted by
Unknown

More

:: Pandang Jeling ::

Siut! Lambat lagi hari ni.

Ah..masuk pukul 9 pun hari ni. Cuma...Dah nak masuk 2 minggu aku tak nampak dia. Kelakar pula rasa. Mengejar orang yang belum tentu ingat kat kita.

Agak-agak dia sedar tak? Aku tunggu kelibat dia. Aku suka tengok muka dia. Aku senang melihat rambut ala Beckham dia. Aku terbuai bila bau minyak wangi dia. Pokoknya, semuanya dia. Hanya dia.

Aku ni bukannya suka sangat nak 'bz' body atau 'kepoci'. Cukup sekadar cuci mata, tenangkan hati. Maka, aku rasa dialah calon yang tepat seadanya.

Kalau dah naik tren sama-sama, hampir hari-hari bersua muka takkanlah tak ada apa? Aku ni peramah juga orangnya tapi sampai waktu nak bercakap dengan dia....Aduhhhh!!! Kacaunya!

Cinta pandang pertama?
Taklah!
Suka?
Mungkin.
Syok?
Ada macam tu pula.

Lebih kurang sama tinggi je aku ngan dia. Kulit tan, sawo matang seadanya. Baju kemeja dengan slack hitam. Yang paling aku respek, adalah satu hari masa dia pakai kemeja pink. Jambu plak aku rasa. Bukan semua lelaki berani pakai pink kan?

Jam dia - Montana. Warna silver ada background copper. Sikit lebih kurang macam jam aku juga. Mungkin memang ada jodohnya, cuma tak tahu bila.

Kelakar gila. Kenapa mulut tak boleh berkata-kata. Macamlah dia selebriti atau tokoh antarabangsa. Sampai susah benar aku nak menegur dia. Walhal kata orang keliling meja, aku ni gila-gila.

Buka mulut kata "Hi".

Susah sangat ke?

Posted by
Unknown

More

:: Selut ::

"Masuk tempat orang, bawak otak bukan pisau"

Sambil melayan alunan lagu Malique dan M.Nasir, pandangan aku melayang ke luar tren. Cuba untuk mengingati sesuatu tapi entah apa. Pagi-pagi buta, apalah sangat yang harus aku beratkan minda.

Kombinasi duet yang menarik cuma aku masih belum dapat mentafsir maksud bait-bait lirik yang ada. Siapalah punya kerja?

Memurtabatkan bahasa sampaikan aku pusing kepala! Tak bolehkah segalanya ditulis dalam bahasa yang mudah dan terus sampai maksudnya? Ahh...itu kreativiti mereka. Siapa aku untuk membahaskannya?

Sempit! Keadaan berhimpit. Hari-hari pun macam ni. Mana yang terhimpit. Ada yang galak menghimpit, selagi boleh juga merapat. Tapi, yang penting niat. Sedekat mana ukuran jarak, kalau masih waras takkan tergamak.

Bergesel-geselan, itu lumrah kejadian. Mungkin ada yang mengharap dapat sentuhan. Ada yang juling menenung pemandangan. Lelakilah katakan. Pantang ada peluang keemasan, jangan lepaskan. Lepas tu? Bagi alasan. Kami juga makhluk tuhan, masing-masing punya kelemahan. Euw! Sungguh aku tak punya rasa untuk bagi pengormatan. Kesian? Bole jalan!

Wajah demi wajah aku tenung. Pelbagai bentuk pelbagai reaksi. Yang mendengar bunyi, yang memandang kosong dan tak kurang ada yang lelap. Masing-masing punya agenda sendiri. Aku? Cuba mencari-cari dimana wajah rahsia hati!

Mana ni?

Posted by
Unknown

More
Posting by Cik Kuntum. Powered by Blogger.

Copyright © / Konk3k Di Bandar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger